MENGENALI AQSA SYARIF

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya.

Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.

Objektif Aqsa Syarif ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.

Monday, July 12, 2010

Sekitar Penglibatan AQSA di SMSI(sambungan)

AQSA Syarif Setiawangsa sekadar berjualan sambil mengutip derma di Hari Usahawan Sekolah Menengah Setapak Indah. Tapak diberi percuma dan hari begitu simpati pada kami walaupun khemah untuk berteduh juga diberi percuma.
Satu perkara yang menyentuh hati kami pada hari 3 Julai 2010, apabila seorang ibu muda India masuk kekawasan sekolah dan melewati khemah pameran kami sambil membuka dompet. Sekonyong mengelui anak kecilnya yang berjalan dihadapan sambil menuding kearah tabung kutipan derma. Tidak faham apa yang diperkatakan diantara mereka namun aksi tersebut sudah cukup untuk kami yang memerhatikannya faham dan terkedu. Apa tidaknya seoarang anak kecil India, bukan Muslim, dilatih dan diajar ibunya untuk bersimpati dengan rakyat Palestin.
INILAH PENGAJARAN BESAR YANG KAMI PEROLEHI PADA HARI TERSEBUT.



No comments:

Post a Comment