MENGENALI AQSA SYARIF

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya.

Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.

Objektif Aqsa Syarif ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.

Monday, July 12, 2010

Bersama Palestin di Surau Puncak Setiawangsa

Dipuncak sepi daerah Setiawangsa, Surau Ar-Rashidin tidak ketinggalan bersama-sama masyarakat Wilayah Persekutuan mengadakan ceramah solidariti Palestin. DSA dijemput kemajlis tersebut berkongsi pengalaman beliau bersama-sama aktivis satu dunia diatas kapal Mavi Marmara.
Puncak Setiawangsa ini kawasan 'elit' dihuni oleh kelas menengah, rumah besar, kereta mewah dan insyaAllah bersimpati dengan rakyat Palestin. Pada malam 29 Jun 2010 tersebut sekitar 80 orang hadir.


Seperti biasa program diserikan dengan jualan, kutipan derma dan tayangan video. DSA diberi 1 jam berkongsi pengalaman beliau namun kelihatan dan kedengaran keresahan hadirin untuk melihat video.
Walaupun hadirin tidak seramai mana namun kutipan masyaAllah, sekitar RM800 , dan ini tidak termasuk hasil jualan dan sumbangan untuk Pak DSA sendiri. Program malam itu diakhiri dengan beriani kambing.


No comments:

Post a Comment