MENGENALI AQSA SYARIF

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya.

Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.

Objektif Aqsa Syarif ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.

Friday, July 2, 2010

Ceramah UHMY di MMBJ

UHMY sedang berceramah di Masjid Mua'dz bin Jabal di Setiawangsa.

Sebahagian hadirin sedang tekun mendengar ceramah UHMY yang diselitkan dengan peristiwa Isra' wal Mi'raj

Kanak-kanak juga hadir sama.

Kelihatan petugas-petugas AQSA Setiawangsa duduk dibarisan hadapan. JIM Setiawangsa juga dilihat dan diwakili oleh YDPnya, Akh Aidil dengan vest juga bersama. Jurugambar AQSA Setiawangsa Akh Ariffin tidak ketinggalan merakam ceramah. Akh Zun Arif ada juga tapi nampak cermin-mata sahaja.




No comments:

Post a Comment