MENGENALI AQSA SYARIF

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya.

Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.

Objektif Aqsa Syarif ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.

Tuesday, July 6, 2010

DSA di Masjid Al-Muttakin Wangsa Melawati (sambungan)

Banner kapal Mavi Marmara adalah antara yang dipamerkan di malam itu. Petugas-petugas kita pada malam itu berada atas kapal tersebut seolah-olahnya....


Jualan macam biasa...luarbiasa sekali sambutannya.

DSA juga ditanya dengan soalan yang 'cepumas', macam biasa Pak DSA bisa saja. Soalannya, apakah tidak ada tindakan bersepadu dengan pihak kerajaan untuk memastikan kapal Mavi Marmara boleh sampai ke Gaza. Jawapannya ialah... (tanya Pak DSA).




No comments:

Post a Comment