MENGENALI AQSA SYARIF

Aqsa Syarif ditubuhkan di Malaysia sebagai satu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan. Aqsa Syarif memberi maksud " Masjid Aqsa Yang Dimuliakan". Aqsa Syarif berganding bahu dengan semua rakyat Malaysia bagi melaksanakan kebaikan untuk rakyat Palestin dan dunia keseluruhannya.

Aqsa Syarif ditubuhkan bagi memacu perjuangan dalam memperkukuhkan perjuangan untuk membebaskan Al-Aqsa dan Palestin. Ia berharap akan dapat mengembeleng sumber kewangan dan pelbagai kepakaran masyarakat Malaysia bagi mencapai hasrat untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan umat Islam.

Objektif Aqsa Syarif ialah :

1. Menyebar dan menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan isu Masjid Al-Aqsa dan Palestin serta hak-hak mereka.

2. Memberi bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.

3. Memberi bantuan kewangan secara berterusan.

4. Membina jaringan kerjasama dengan pelbagai organisasi yang berkaitan dengan Palestin di dalam dan luar negara.

Monday, May 3, 2010

news updated 3/5/10

"Isnin, 03/05/2010 – Perdana Menteri Palestin, Ismael Haniyeh telah mengenalpasti titik perhubungan antara gerakan Hamas dan Fatah dengan lawatan yang dilakukan JawatanKuasa Pusat bagi pimpinan Fatah ke Gaza untuk berbincang dengan pimpinan Hamas bagi mencari jalan perdamaian dan usaha dialog antara kedua-dua gerakan, dan beliau menyambut baik setiap lawatan yang dilakukan untuk tujuan ini. Bersambung........lawati http://palestinkini.info/

No comments:

Post a Comment